Rayuan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin)
GKP adalah Geran Khas Prihatin antara inisiatif kerajaan membantu pengusaha Mikro dalam menangani krisis akibat COVID 19.
Seperti sedia maklum, Pemohon yang memohon GKP 2.0 ramai yang merungut dan menunggu nunggu keputusan GKP 2.0 bagi yang terlepas pandang pada GKP 1.0
Malangnya bila keputusan GKP 2.0 keluar, anda masih tidak lulus disebabkan kod kod yang dikeluarkan oleh pihak LHDN.
Berikutan itu, GKP 2.0 telah dibuka untuk permohonan rayuan bermula dari 7 Disember hingga 21 Disember 2020
Pemohon terdahulu hanya perlu login > lihat bahagian bawah alasan tidak lulus > Click Butang Rayuan > Attach Dokumen Sokongan
setelah step berikut dibuat, anda cuma perlu masukkan dokumen sokongan yang diminta berdasarkan kod masing masing (Pastikan Pop up Window telah diaktifkan)
![]() |
| Rujukan KOD dan Dokumen yang diperlukan |
Setelah Dokumen dimuatnaik, anda cuma perlu klik hantar dan rayuan anda akan diproses oleh pihak LHDN dan tunggu sehingga keputusan Rayuan GKP 2.0 dikeluarkan.


Comments