Ovarian Cysts Survivor

 Hi gais, 

Thanks for coming blog ciknad to hear some experiences as ovarian cysts survivor !

The story start from, lepas bersalin nurse tempat nad share untuk makan pil perancang. 

Pil perancang yg disarankan adalah pil yas*** memang masa tu nad beli sendiri selepas disuggest dan mungkin faktor cara pemakanan pil perancang yang tak betul (makan hari2) menyebabkan terjadinya atau terbentuknya ketumbuhan "cysts" yang di takuti ramai para wanita. 

Sakit Menyucuk bahagian ari ari dan pinggang

Permulaan nad start 1 pack pil perancang yas*** nad dh mula rasa pinggang seakan tertarik kuat. Masa tu nad fikir mungkin itu side effect selepas bersalin, masa tu anak sulung lebih kurang 6-7bulan. Then hari demi hari sakit tu datang jarang jarang. Kekadang xtahu berpunca dari apa tetapi bila dah berlaku semua ini nad dah faham dan fikir setiap kali selepas makan ubat perancang tu nad boleh rasa sakit tu. 

Bermula tahun 2018 (1year consume pil perancang) ni part yang paling kritikal dan kesakitan yg tak dapat digambarkan untuk ceritakan pada orang lain, sakit yang teramat sangat pd bahagian pinggang seperti menekan menekan sampai tak mampu nk buat kerja apa pun. Hari demi hari sakit tu sampai tahap cirit non stop, muntah muntah. Macam alahan masa mengandung. 

Bila test dan check upt negatif. Bila dtg sakit 2-3 pagi, memang hospital rawatan kecemasan la tempat utama yg akan dituju. Tp malangnya, semua ketawakan nad, ingat nad buat buat sakit. Tp sakit tu rasa mcm contration nak bersalin. Betul betul mencabar. Sampai la one day nad decide untuk check up di KPJ untuk scan keseluruhan penyakit. 

Masa direfer ke KPJ masa tu atas sebab kesakitan nad tu macam berpunca dari sakit gastrik, jadi nad direfer untuk buat scop. Masa procedure buat scop tu malang jugak sebab sakit juga process untuk scop. Tapi hasil scop, sakit tu bukan berpunca dari gastrik. 

Sumber : Google 

Dan seterusnya doktor refer bahagian pakar sakit puan. Bila process semakan dan check up, doktor dapati ada ketumbuhan di sebelah ovari kanan nad. Ketumbuhan yang bukan mengganggu kesuburan, iaitu ketumbuhan dermoid cysts (yg ada rambut, gigi, lebihan cell)

Bila tahu semua ni nad jadi down sgt, sebab sakit tp perlu tunggu turn dan berapa lama lagi untuk dapat buat operation. Then 1st check up dengan pakar, doktor masih tengok perkembangan dan tahap sakit nad. 2nd check up masa doktor tengah check up dan scan, semua doktor menjerit ckp "emergency operation" "emergency operation". Sebab dermoid cysts ni sangat bahaya bila berputar akan dapat tutup salur darah. 

Alhamdulillah, nak dijadikan cerita, Allah rezkikan untuk operation awal, selepas operation, nad rasa lega sesangat, hilang segala sakit yang selama ni nad tanggung. Betul betul mencabar bila sakit tapi kita taktahu punca. 

Nasihat yang nad dapat dr banyak sumber, yang mengalami sakit cysts atau yang dh operation, jom sama sama dengan nad kita jaga diri dan jauhkan dr penyakit ni, antara sumber dan tips yang doktor kongsikan :

1. Jaga pemakanan seimbang 

2. Jauhkan soya 

3. Jauhkan ikan bisa (ikan keli)

4. Jauhkan makanan yg ada arang (satay)


Next post nad share simptom terperinci dan cara tradisional nak bantu hilangkan sakit ini. 


Comments

Popular Posts